Setiap orang mempunyai impian untuk memiliki rumah sendiri. Terpulang sama ada rumah yang dibina sendiri ataupun yang dibeli. Hakikatnya semua itu adalah mengikut kemampuan dan keperluan masing-masing. Dikawasan bandar biasanya ramai yang membeli rumah siap. nak renovate pun selepas siap rumah. Berbeza dengan rumah yang dibuat atas tanah yang dibeli sendiri boleh ikut pilihan sendiri dari segi bentuk dan keluasan tanah yang dimiliki.
Dulu masa muda remaja saya mengidamkan sebuah rumah impian sendiri. Rumah yang mempunyai halaman rumah yang luas...boleh ker?.. sekarang dah kahwin dan sudah bekerja tapi masih belum mampu memiliki rumah dengan gaji sendiri memandangkan kos dan harga rumah yang berharga ratusan ribu. Apapun rumah merupakan keperluan dan tempat tinggal manusia untuk menjamin keselamatan diri dan keluarga.
Disini terdapat beberapa ciri-ciri rumah yang ingin dimiliki pada pendapat diri sendiri :
1.Rumah yang dibina berdekatan dengan surau atau masjid.(permintaan suami)masa mula mencari rumah untuk dibeli.
2. Rumah yang berkonsep moden (minimalis) dan simple.Tak suka rumah yang terlalu banyak hiasan dan perabut. Minat dengan konsep warna putih dan sedikit kombinasi warna terang yang menenangkan minda.
3. Kabinet dapur yang sesuai untuk memasak. Terdapat ruangan dapur basah dan dapur kering.
4. Terdapat satu bilik untuk tetamu dan ruang solat yang dikhaskan.
5. Terdapat satu ruang bacaan yang menenangkan untuk ulangkaji, dengan susunan kitab sebagai rujukan.(untuk suamiku)
6. Hiasan bilik mengikut kreativiti yang simple
7. Terdapat ruang keluarga untuk bersama anak-anak.
8. Terdapat satu bilik untuk diletakkan mesin basuh, tempat menyidai kain dan ruangan menggosok yang dikhaskan untuk keluarga.
9. Mempunyai taman mini sendiri untuk bersama keluarga (konsep inggeris pun menarik juga)
10. Ruang tamu yang luas yang menempatkan dua ruang dengan sedikit partition untuk lelaki dan wanita.
Pendapat dan minat seseorang manusia selalunya berbeza. walau apapun minat dihati, tekadkan hati untuk menjadikan rumah yang terbina sebagai RUMAHKU SYURGAKU dalam melayari bahtera rumah tangga. Hiasilah rumah dengan bacaan al-Quran dan didiklah anak-anak untuk rajin bersolat. SOLAT ITU TIANG AGAMA. Begitu jugalah dengan rumah, rumah yang dibina memerlukan tiang yang kukuh supaya tidak mudah roboh. Jadikanlah rumah sebagai persinggahan didunia untuk bekalan ke Akhirat nanti.
No comments:
Post a Comment