Setiap orang mempunyai impian untuk memiliki rumah sendiri. Terpulang sama ada rumah yang dibina sendiri ataupun yang dibeli. Hakikatnya semua itu adalah mengikut kemampuan dan keperluan masing-masing. Dikawasan bandar biasanya ramai yang membeli rumah siap. nak renovate pun selepas siap rumah. Berbeza dengan rumah yang dibuat atas tanah yang dibeli sendiri boleh ikut pilihan sendiri dari segi bentuk dan keluasan tanah yang dimiliki.
Dulu masa muda remaja saya mengidamkan sebuah rumah impian sendiri. Rumah yang mempunyai halaman rumah yang luas...boleh ker?.. sekarang dah kahwin dan sudah bekerja tapi masih belum mampu memiliki rumah dengan gaji sendiri memandangkan kos dan harga rumah yang berharga ratusan ribu. Apapun rumah merupakan keperluan dan tempat tinggal manusia untuk menjamin keselamatan diri dan keluarga.
Disini terdapat beberapa ciri-ciri rumah yang ingin dimiliki pada pendapat diri sendiri :
1.Rumah yang dibina berdekatan dengan surau atau masjid.(permintaan suami)masa mula mencari rumah untuk dibeli.
2. Rumah yang berkonsep moden (minimalis) dan simple.Tak suka rumah yang terlalu banyak hiasan dan perabut. Minat dengan konsep warna putih dan sedikit kombinasi warna terang yang menenangkan minda.
3. Kabinet dapur yang sesuai untuk memasak. Terdapat ruangan dapur basah dan dapur kering.
4. Terdapat satu bilik untuk tetamu dan ruang solat yang dikhaskan.
5. Terdapat satu ruang bacaan yang menenangkan untuk ulangkaji, dengan susunan kitab sebagai rujukan.(untuk suamiku)
6. Hiasan bilik mengikut kreativiti yang simple
7. Terdapat ruang keluarga untuk bersama anak-anak.
8. Terdapat satu bilik untuk diletakkan mesin basuh, tempat menyidai kain dan ruangan menggosok yang dikhaskan untuk keluarga.
9. Mempunyai taman mini sendiri untuk bersama keluarga (konsep inggeris pun menarik juga)
10. Ruang tamu yang luas yang menempatkan dua ruang dengan sedikit partition untuk lelaki dan wanita.
Pendapat dan minat seseorang manusia selalunya berbeza. walau apapun minat dihati, tekadkan hati untuk menjadikan rumah yang terbina sebagai RUMAHKU SYURGAKU dalam melayari bahtera rumah tangga. Hiasilah rumah dengan bacaan al-Quran dan didiklah anak-anak untuk rajin bersolat. SOLAT ITU TIANG AGAMA. Begitu jugalah dengan rumah, rumah yang dibina memerlukan tiang yang kukuh supaya tidak mudah roboh. Jadikanlah rumah sebagai persinggahan didunia untuk bekalan ke Akhirat nanti.
sebuah perjalanan hidup yang ditempuhi mengharapkan penunjuk jalan dalam mencari cinta Ilahi
Monday, November 29, 2010
Sunday, November 28, 2010
selamat hari lahir

Selamat hari lahir buat suamiku tercinta, walauapapun yang berlaku tarikh ini menjadi ingatan buat diriku untukku ucapkan Selamat Hari Lahir.
Harapanku semoga dirimu sentiasa sihat selalu, dimurahkan rezeki,dilanjutkan usia dalam keberkatan Ilahi untuk meneruskan perjalanan hidup bersama-sama. Semoga kita sentiasa bersyukur dengan nikmatNya.
Tuesday, November 23, 2010
homemade chocolate
Sebelum menyambut Eiduladha sempat juga ke kelas coklat yang sudah lama bertangguh disebabkan kesuntukan masa dengan kerja-kerja disekolah..
Alhamdulillah berjaya menyiapkan coklat yang diajar semasa kelas dengan baik. Terima kasih kepada kak Arah di Seri Kembangan yang sudi mencurahkan ilmu.
Alhamdulillah berjaya menyiapkan coklat yang diajar semasa kelas dengan baik. Terima kasih kepada kak Arah di Seri Kembangan yang sudi mencurahkan ilmu.
Thursday, October 28, 2010
Saturday, August 7, 2010
persediaan puasa
Kebiasaannya menjelang ramadhan ramai orang yang sibuk dengan persiapan raya...Alhamdulillah ada juga yang sibuk dengan pakaian untuk persediaan solat..bukan setakat baju utuk raya sahaja kita perlu siapkan tetapi persiapan untuk mengisi bulan yang penuh berkat ini perlu dititik beratkan. Jangan sampai pakaian nak solat tidak bersih dan kemas tapi pakaian raya bukan main lagi meriahnya.. Sebaik-baik perkara itu adalah pertengahan. Untuk bertemu dengan Allah tempat kita memohon petunjuk dan segala pertolongan kita perle menjaga kebersihan diri kerana kebersihan itu sebahagian daripada iman. النظافة من الايمان
Friday, August 6, 2010
kelebihan surah al-kahfi..
SURAH AL-KAHFI (surah yang ke-18-mengandungi 110 ayat)
Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”

Friday, July 30, 2010
4 perkara baik dan 4 yang lebih baik
Sebahagian ahli bijak pandai berkata, " Ada empat perkara yang nilainya baik, namun ada empat perkara lain yang nilainya jauh lebih baik lagi, iaitu seperti berikut" :-
1. Rasa malu pada kaum lelaki adalah baik, namun yang lebih baik lagi, bila rasa malu itu ada pada kaum wanita..
2. Adil pada setiap orang itu baik, namun rasa keadilan yang dimiliki oleh pemerintah itu, jauh lebih baik..
3. Taubatnya seorang tua itu baik, namun yang lebih baik lagi, taubat daripada kaum yang muda.
4. Sifat pemurah orang yang kaya itu baik, namun yang lebih baik lagi adalah bermurah hati kaum fakir miskin.

Thursday, July 15, 2010
Wednesday, May 26, 2010
Syurga dan neraka..
Malam td seorang murid mengajiku bertanya....
tengah-tengah mengajar mgaji, seorang anak kecil menghampiriku..tiba-tiba bersuara
ustazah..ustazah..nnt qiamat nnt ayu nak lari jauh-jauh kt bukit biar orang tak jumpa..
(tersentak mendengar kata2 anak kecil itu)
aku menjawab : mana bleh lari2, menyorok pada masa tu..jawabku ringkas.
ustazah2..ada buah tak kt syurga? banyak tak buah kt syurga nnt?
aku menjawab lg.. ada.. semua yg kita nak ada bila kt syurga nnt..kita kena buat baik baru dapat masuk syurga...
ustazah, bila kita nak jumpa atuk kita yg dah mati..?atuk ustazah yg dah meninggal nt bila ustazah nak jumpa dia?
bnyk pula persoalan yg di luahkan..
lepas ni ustazah cerita, ustazah abiskan mgajar dlu yer..
ayu bleh jgk tanya ustaz..
suamiku tersenyum mendengar soalan anak kecil td yg juga sedang mengajar murid lain.
Itulah yg bermain di fikiran seorang kanak-kanak yang masih kecil.
Kanak-kanak kecil yang diasuh kena dengan didikan agamanya, akan melahirkan generasi yang cemerlang dunia akhirat.
Siapakah yang akan mendidik mereka?
Kita semua terutamanya yang berpendidikan agama harus mendidik mereka semoga apa yang bermain difikiran mereka tidak terpesong dan berada pada landasan yang betul terutama sekali dalam bab akidah..

Sunday, March 21, 2010
Berilah Peringatan Padaku..
Ya Allah
Hambamu sering lalai..
Sering lupa untuk bersyukur
Bertapa besar nikmat yang Engkau berikan
Nikmat islam iman dan ihsan
Nikmat sihat, nikmat kebahagian dan sebagainya
Tidak terhingga nikmatMu untuk dihitung.
Namun Hambamu, sering lalai
dengan dunia yang sementara ini.
Ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara.
Sihat sebelum sakit,
Muda sebelum tua,
Kaya sebelum Miskin,
Masa lapang sebelum sempit
Hidup sebelum MATI..
Setiap makhluk yang ada dibumi ini pasti akan mati.
Entah esok entah lusa kita dipanggil.
Tidak kurang atau lebih walaupun sesaat bila sampai waktunya
Setiap insan akan diuji, diuji imannya,
Sejauh mana dia boleh lalui ujian didunia yang sementara ini.
Diakhirat kelak sedang menunggu ganjaran pahala yang berlipat ganda.
Disebalik ujian yang Allah berikan ada hikmah dan ganjarannya.
Usah bimbang usah bersedih dengan kehilang sesuatu yang kita sayangi
Kerana itu semua adalah pinjaman dari ALLAH iannya tidak kekal selamanya.
Selagi hayat masih ada jagalah amanah yang Allah berikan kepada kita.
Sebagai isteri, taatilah suamimu lakukan suruhan Allah.
tenangkan hati suamimu, jadilah engkau penyejuk mata bila dipandang.
Wahai suami jagalah dan bimbinglah ahli keluargamu menuju kesyurga.
Wahai anak taatilah kedua ibubapamu doakan kesejahteraan mereka.
Jagalah hati kedua orang tuamu, disitulah terletaknya keberkatan hidup.
Insyaallah bahagia dunia akhirat.

Thursday, February 25, 2010
Thursday, January 21, 2010
Khatam Al-Quran
Alhamdulillah 17hbln lepas bertambah seorang lagi murid mengajiku khatam al-Quran.semoga yang lain turut bersemagat dan bermotivasi untuk khatam al-quran.
Nasihat untuk murid-murid ku..Al-quran perlu dibaca dan dihayati. bukan sekadar buku cerita. ia merupakan kitab suci yang diturunkan kepada nabi Muhammad S.A.W. Itulah pegangan kita sebagai seorang muslim. Bacalah dengan sepenuh hatimu. Ambil waktu setiap hari untuk menghayati bacaan al-quran. Bacalah ia selesai solat waktumu itu walaupun sedikt. Al-quran itu penenang hati. Ikuti contoh dan nasihat orang-orang yang soleh. Inyaallah diri kita akan berjaya dunia & akhirat.

Subscribe to:
Comments (Atom)