Sunday, March 21, 2010

Berilah Peringatan Padaku..

Ya Allah
Hambamu sering lalai..
Sering lupa untuk bersyukur
Bertapa besar nikmat yang Engkau berikan
Nikmat islam iman dan ihsan
Nikmat sihat, nikmat kebahagian dan sebagainya
Tidak terhingga nikmatMu untuk dihitung.
Namun Hambamu, sering lalai
dengan dunia yang sementara ini.

Ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara.
Sihat sebelum sakit,
Muda sebelum tua,
Kaya sebelum Miskin,
Masa lapang sebelum sempit
Hidup sebelum MATI..

Setiap makhluk yang ada dibumi ini pasti akan mati.
Entah esok entah lusa kita dipanggil.
Tidak kurang atau lebih walaupun sesaat bila sampai waktunya

Setiap insan akan diuji, diuji imannya,
Sejauh mana dia boleh lalui ujian didunia yang sementara ini.
Diakhirat kelak sedang menunggu ganjaran pahala yang berlipat ganda.
Disebalik ujian yang Allah berikan ada hikmah dan ganjarannya.
Usah bimbang usah bersedih dengan kehilang sesuatu yang kita sayangi
Kerana itu semua adalah pinjaman dari ALLAH iannya tidak kekal selamanya.

Selagi hayat masih ada jagalah amanah yang Allah berikan kepada kita.
Sebagai isteri, taatilah suamimu lakukan suruhan Allah.
tenangkan hati suamimu, jadilah engkau penyejuk mata bila dipandang.
Wahai suami jagalah dan bimbinglah ahli keluargamu menuju kesyurga.
Wahai anak taatilah kedua ibubapamu doakan kesejahteraan mereka.
Jagalah hati kedua orang tuamu, disitulah terletaknya keberkatan hidup.
Insyaallah bahagia dunia akhirat.