Wednesday, December 23, 2009

Tahniah PMR 2009

Tahniah kepada Nurul Hidayah bt Saiful Bahri (anak sepupuku) kerana mendapat keputusan 9A dalam keputusan PMR 2009.

Semoga lebih cemerlang lagi untuk masa yang akan datang.

Menjadi anak yang solehah dan contoh terbaik kepada adik-adik yang lain.

Selamat membina azam baru dalam lembaran tahun 2010.



Teringat kembali masa zaman sekolah dahulu, tak dapat 9A sedih sangat..tapi adikku yang lelaki dapat merebut 9A walaupun ketika itu dia belum pulih sepenuhnya akibat kemalangan jalanraya selepas pulang dari kelas tambahan..Pada waktu itu masih belum terlambat untukku berusaha sehingga berjaya melanjutkan pelajaran keperingkat universiti. Ku bersyukur padaMU yang maha pemurah lagi maha penyayang diatas nikmat yang engkau berikan.

Ketika Cinta Bertasbih




Ketika cinta bertasbih (KCB) merupakan filem yang agak menarik..
Boleh dijadikan pengajaran melalui nilai murni yang ada dalam filem ini kepada muda mudi hari ini.

Antara kisah menarik yang memaparkan :

Pengajaran antara cinta manusia dan cinta kepada Pencipta

Pengorbanan yang dilakukan oleh seorang anak semasa menuntut pelajaran di Universiti al-Azhar sambil berniaga tempe untuk menyara keluarga bagi mengantikan tanggungjawab ayah yang telah meninggal dunia.

Batas Pergaulan antara lelaki dan perempuan wajib dijaga selagi tidak terjalinnya ikatan pernikahan.

Puisi yang disampaikan sungguh indah.

Monday, November 23, 2009

Konvokesyen j-QAF ambilan 2008

Hari ini merupakan hari raptai untuk konvokesyen j-QAf 2008, tergambar lagi wajah-wajah ceria sahabat seperjuangan....kejap je belajar di ipis dah nak konvo. Walaubagaima kami sentiasa berterima kasih kpd barisan pensyarah, sahabat seperjuangaan dari seluruh maktab dalam menjalani alam pengajian dalam bidang perguruan ini. Tak lupa buat suami tercinta yang banyak membantu dan memberi sokongan sepanjang kursus j-QAF berlangsung.

Friday, November 20, 2009




Anak saudaraku yang pertama sudah pandai meniarap.
Nama : Wan Habib Muhammad bin Wan Mohd Khairi
Semoga sihat2 selalu...

Sunday, October 11, 2009

KURSUS

3 okt 2009
Impian Country.
Menghadiri kursus LADAP sekolah. Mengenal dan Membina Jati Diri.



4-6 okt 2009

Hotel Goldcourse Klang.

Kursus Pemantapan jQAF ambilan 2008









Peserta kursus mendengar pembentangan yang disampaikan oleh jurulatih utama.

Saturday, September 5, 2009

salam ramadhan.





Marhaban ya ramadan...

Terasa cepat masa berlalu, marhaban ya ramadhan, Inilah bulan yang paling dinanti-nanti oleh umat islam seluruh dunia.




Masjid Besi putrajaya.












Friday, August 21, 2009

.......ulang tahun perkahwinan..........


Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu rasa cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (Surah Ar-Rum : 21)

Friday, August 7, 2009

Majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan Petronas

Pada 29-30 Julai 2009 berlangsung pula majlis tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Petronas yang diadakan di Pejabat Wilayah Pantai Timur (ECRO) Kerteh. Alhamdulillah suamiku masih meneruskan ujian hafazan peringkat kebangsaan petronas. Walaupun begitu peserta dari sarawak lebih layak dan telah berjaya mendapat tempat pertama bagi kategori hafazan lelaki. Adik Muhammad turut mendapat tempat pertama bagi kategori taranum kanak-kanak. Tahniah buat suamiku, tahniah buat adik Muhammad Ahmad Zahid.

Friday, July 17, 2009

Pesanan buat adik-adikku..

Ingat adik-adikku semua....


Hidup ini banyak cabaran yang perlu dilalui.

Adakala kita terpaksa menghadapi banyak kesusahan, ada kalanya kita merasa senang dan mudah untuk menyiapkan sesuatu kerja.

Bagi adik-adikku yang masih lagi di alam pengajian ingatlah :

1. Allah sentiasa bersama kita

2. Jangan hampakan harapan ibu ayah.

3. Belajar dengan bersungguh-sungguh. Belajarlah diusia mudamu agar nanti dirimu tidak menyesal kelak.

4. Jaga amal ibadat, solat lima waktu wajib ditunaikan. Sunat lain perlu diamalkan juga.

5. Hormati guru- gurumu kerana disitu ada keberkatan. Insyaallah hidup akan bahagia di suatu hari nanti..

6. Jangan leka dengan usia remajamu.

7. Jaga batas pergaulanmu dengan orang lain

8. Tutuplah auratmu itu. Jagalah maruahmu sebagai orang islam.

9. Jaga agamamu, hiasi diri dengan akhlak yang mulia.

10. Jadilah insan yang beriman dan beramal soleh.

11. Amalkan ucapan syukur dan terima kasih.

12. Jagalah hubungan dengan Allah dan dengan manusia.

Friday, July 3, 2009

Tahniah buat semua..

Tahniah kepada semua guru j-QAF ambilan 2008 dengan keputusan yang diperolehi bagi peperiksaan akhir dan praktikum baru-baru ini. Bersyukur kerana telah berjaya menamatkan kursus j-QAF, kursus BTN dan INDUKSI dengan jayanya. Suka duka telah ditempuhi bersama untuk meraih kejayaan ini. Tahniah buat semua dan terima kasih serta penghargaan buat semua barisan pensyarah di institut perguruan islam selangor. (IPIS) Terima kasih atas didikan dan tunjuk ajar kalian semua.

Saturday, June 20, 2009

Majlis Tilawah Al-Quran


Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Pantai Barat akan diadakan di Menara Berkembar Petronas pada 12-14 Julai 2009, Antara kategori yang terdapat dalam Majlis Tilawah pada kali ini ialah, ujian taranum lelaki dan wanita, ujian hafazan lelaki dan wanita, ujian murattal, ujian taranum kanak-kanak dan kuiz agama serta kategori penulisan esei yang bertemakan Al-Quran mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya.

Ku panjatkan doa padaMu ilahi, teristimewa untuk suamiku (hafazan kategori lelaki) semoga al-Quran sentiasa dekat dihatinya, semoga segalanya berjalan lancar. Apa yang penting ialah niat dihati untuk memartabatkan al-Quran sebagai kitab suci yang perlu ada dalam hati setiap insan yang beriman.


Antara surah untuk ujian hafazan nanti ialah surah yang berikut:

1. Al-Fatihah

2. As-Sajdah

3. Al-Insan

4. Ya sin

5. Al-Mulk

6. Al-Waqi'ah

7. Al-Kahfi (1-10)

8. Al-Jumaat

9. At-Takwir

10. Al-Infithor

11. Al-Buruj

12. At-Thoriq

13. Al-A'laa

14. Al-Ghaasyiyah

15. Al-Fajr

16. Al-Balad

17. As-Syams

18. Al-Laili
Peserta yang mendapat tempat pertama akan mewakili ke peringkat kebangsaan petronas.

Monday, May 25, 2009

Banyak sangat kerja perlu disiapkan minggu ni...nak kena siapkan buku adab 9 kelas, dan tanda kertas pun 9 kelas juga...nak kejar baca buku untuk exam memang tak sempat,..last2 siap juga dengan usahaku datang hari sabtu ahad hantar buku adab, siapkan markah periksa b.arab tahun dua. Just letak atas meja guru sebab lepas ni tak datang sekolah sampai bulan 7. Esok pula dah start masuk ipis. kelas seminggu dah nak exam pula, em. tak sempat nak baca buku betul-betul nampaknya untuk exam ni..semua kata memang macam tu la..janji sama-samalah kita berusaha dengan sedikit masa yang ada untuk final exam..be the best!


Antara aktiviti :

31 mei 2009 : Pendaftaran penginapan (bagi yang nak tinggal kat hostel)

1-12 jun 2009: kuliah/ peperiksaan

13 jun 2009 : pendaftaran BTN (Mega Kristal, Kuala Selangor

20 jun 2009 : Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia. (kissm)

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru






Selamat hari guru!!!



Selamat hari guru buat insan yang berjasa dan bergelar sebagai guru,



Tema hari guru pada tahun ini, Guru pembina negara bangsa.

Ucapan khas ditujukan buat guru-guru yang pernah mengajarku:

1. Pasti di kuala Terengganu.

2. Tadika kemas Teratak Pulai

3. Sekolah Kebangsaan Pauh Lima. (SKPL). Terima kasih cikgu..

4. Sekolah Men. Ugama Arab Yaakubiah Nipah (Maahad Yaakubiah Nipah). jasa dan pengorbanan yang dicurahkan pada kami amatlah berguna pada kami.

5. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. (KISAS). Terima kasih atas didikan, tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan untuk mencipta kejayaan yang cemerlang buat kami semua. bersyukur kerana dapat menimba ilmu di sini. namamu sentiasa dihati kami.

6. Universiti kebangsaan malaysia. UKM, semua barisan pensyarah. terutamanya di Fakulti Pengajian Islam, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam,

7. Semua barisan pensyarah di Institut Perguruan Islam Selangor (IPIS). Terima kasih juga buat Pn kelsom Abdullah yang banyak memberi bimbingan semasa penyeliaan praktikum, pn Noraini serta ust. rahmat yang banyak memberikan tunjuk ajar. Terima kasih semua..

8. Sekolah Keb. Bangi, KINI,. Terima kasih kepada semua sahabat seperjuangan yang berganding bahu untuk mendidik anak bangsa. Terusakan usaha murni ini demi kejayaan dunia dan akhirat. 'Guru Pembina Negara Bangsa'






Terima kasih cikgu!!

Sunday, May 10, 2009

selamat hari ibu.

Sempena hari ibu ini inginku ucapkan selamat hari ibu buat insan yang bergelar ibu dan yang bakal bergelar ibu, jasamu amatlah besar, segala pengorbananmu tidak akan ku lupakan.

Doaku pohon pada ilahi semoga dirimu tenang selalu, sihat selalu, mendapat manfaat dengan umur yang panjang. di berikan kekuatan dalam melakukan amal ibadat seharian, dibuka segala pintu kesenangan dan pintu hidayah. Mendapat rahmat dan keberkatan hidup di dunia dan Akhirat..

Friday, April 17, 2009

Alhamdulillah

alhamdullilah.....
Selamat sudah sesi praktikum bagi guru j-QAF 2008. Dah abis kira legala skt..bukan apa, lepas skt penat berbanding hari-hari lain. Namun bagiku semangat untuk mendidik pelajar terus tersemat dihati. Terima kasih ku ucapkan kepada semua sahabat dan semua guru SKB serta staf sokongan yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar. Sekalung penghargaan juga ku tujukan buat guru pembimbing Pn Nurmi bt Baharin dan pensyarah pembimbing Pn Kelsom bt Abdullah yang menganggapku sebagai anaknya dalam memberi bimbingan dan nasihat kepadaku. Boleh djadikan kenangan dan pegalaman baru sebagai seorang guru baru yang masih berjinak-jinak dengan dunia pendidikan. Diharap sahabat-sahabat seperjuanganku terus mencurahkan bakti untuk mendidik anak bangsa. Salam perjuangan...>>>>

Thursday, April 2, 2009

selamat hari lahir ibuku..

Hari ini merupakan hari lahir ibuku yang tercinta..semua orang sayangkan ibu. Hanya kau satu didunia yang bergelar ibu..ugkapan istimewa ku tujukan buat bondaku..



Untukmu ibu,


Hanya engkau seorang ibu,


Terima Kasih sayangku buatmu,


Sempena hari lahirmu ku ucapkan


semoga berbahagia selalu,


dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki


dikuatkan imam,


ku harapkan ketabahanmu selalu,


dipermudahkan segala urusan,


apa yang terbaik ku doakan buatmu.














Thursday, March 26, 2009

Pergi tak kembali


Setiap yang bernyawa pasti akan menempuhi mati. Tanggal 23 mac 2009/ 26 rabiul awal 1430h datuk yang aku kasihi sejakku di alam kanak-kanak lagi meninggal dunia pada jam 11.15pagi, sebelum itu aku menerima panggilan dari adikku yang belajar di utp yang kebetulan balik cuti sem memberitahu bahawa 'ayah' iaitu datukku tengah sakit dan keadaan yang lemah, dalam nada yang sedih adikku memberitahuku. Dengan tidak sengaja air mataku keluar dengan mencurah-curah. Aku dapat merasakan sesuatu,,kerana pada hari sebelumnya kakakku memberitahuku bahawa dia berjumpa dengan aruah dan aruah ada meminta maaf dan mengatakan entah esok atau lusa..selang beberapa minit aku menelefon adikku semula dan adikku memberitahu 'ayah' sudah tiada lagi..>>>>>>

Setiap yang hidup pasti akan mati. Apa yang penting pada kita sentiasalah kita mengingati mati, kita tidak mengetahui bila kita akan ke sana nanti. Jika esok kita akan ke sana adakah kita bersedia dengan amalan kita, Adakah dengan hanya solat lima waktu cukup untuk kita membawa bekalan ke sana? Diluar sana ramai manusia yang memikir dan mencari harta dunia yang melimpah ruah, Namun, adakah manusia sibuk mengejar amal soleh dan kebajikan yang berlipat ganda ganjaran disisi Allah. Harta dan pangkat manusia hanyalah sementara sahaja. Ganjaran amal solehnya tidak nampak pada hari ini namum besar ganjaran yang akan terima di Akhirat kelak. Fikir-fikir dan renungkanlah dengan diri kita yang kerdil ini.>>>>

Friday, March 20, 2009

7 golongan manusia




عَنْ أَبِي هُرَيْرَة رضي الله عنه أن رسول الله صلي الله عليه وسلم قال




سبعة يظلهم الله في ظله يوم لا ظل الا ظله


امام عادل

وشباب نشأ في عبادة ربه

ورجل قلبه معلق في المساجد

ورجلان تحابا في الله اجتمعا عليه وتفرقا عليه

ورجل طلبته امرأة ذات منصب وجمال فقال اني أخاف الله

ورجل تصدق بصدقة فأخفاها حتى لا تعلم شماله ما تنفق يمينه

ورجل ذكر الله خاليا ففاضت عيناه



siapakah suami idaman seorang wanita?


Masing masing tentunya ada impian dan cita-cita sendiri.


Bagi seorang wanita yang mempunyai didikan agama mereka akan mendoakan agar bertemu dengan seorang suami yang diidamkan untuk menemani hidupnya. Antara ciri-ciri yang tersemat dihatinya ialah seorang lelaki yang soleh disisiNya.


Berdasarkan hadis diatas terdapat tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naunganNya. Dihari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah. Rebutlah untuk menjadi tujuh golongan ini..

Masa ibarat emas..

Rutin harianku sebagai isteri
Bermula di subuh hari siapkan diri solat subuh.

Siapkan sarapan ringkas,@ bekal untuk suami.
Siapkan diri, kemas rumah,

Sunat dhuha

Siap makanan tengahahri, kalau sempat suami pulang lunch kt rumah. tu pun kalau stay keja kat cni,

Solat zuhur berjemaah.

Rehat

Solat asar
Siap makan malam
Solat maghrib

Mengajar mengaji(jiran-jiran minta tolong ajarkan anak mereka mengaji quran. takpe, insyaallah kita bantu setakat yang boleh.
Solat isyak

Siapkan pakaian untuk esok

*Siapkan diri untuk ta'lim dengan suami.
suami bacakan pengajaran hadis atau apa2 nasihat ringkas sebelum tidur.

Rutin harianku sebagai isteri dan seorang guru.

Pagi, bangun solat subuh.

Siap sarapan@ bekal untuk suami.

Suami bertolak ketempat kerja, kemas rumah

Dhuha

Siapkan rekod mengajar

**masak untuk makan malam. ringkas pun takpe, ada lauk dan sayur cukup untuk kami berdua.
tapi kalau masak masakan kegemaran suamiku memang dia suka la..

kadang-kadang makan kt luar.

Rehat kejap.

11.30 siap untuk ke Sekolah.

7.15 sampai rumah

Siapkan diri solat maghrib

Mengajar mengaji, sekarang pun masih lagi mengajar mengaji, sorang dah khatam. Ada masa suami ajarkan mereka tajwid bagi yang dah baca quran.

Makan malam bersama

Siap pakaian untuk esok.

Siap kerja yang belum selesai..

*Dah penat, siap untuk tidur...

* Sepatutnya ada ta'lim duduk depan suami sebagaimana rutin sebelumnya tapi kadang2 penat tak sempat nak baca buku sebagai peringatan. kadang2 suamiku baca sementara aku siapkan kerja. Ku berharap ianya berterusan walaupun dalam kesibukan masa sekarang. insyaallah...


Weekend

Pukul 9.00pagi suami pergi kuliah dhuha.
jarang ikut sekali sebab majoriti yang datang orang lelaki, muslimat tak ramai. kalau ada pun dua atau tiga orang sahaja.

Ambil masa bercerita, rancang aktiviti, selesaikan apa yang perlu disiapkan.

Kalau tak ada aktiviti kat sekolah,kursus ladap atau sebagainya, bolehlah jalan2 sikit pergi rumah k.lyni n rumah ailong..window shopping ke..kenduri dan sbgnya...

Kebiasaan pagi Ahad pergi jogging dengan suami dekat ukm


p/s: Apa jua rutin yang ku lakukan ini walaupun sibuk, Aku tetap berasa gembira dan bersyukur kepadaNya.. manusia menghadapi pelbagai cabaran hidup, adakala kita gembira ada masa kita sedih, adakala kita diatas adakalanya kita dibawah. walaubagaimana pun segala yang berlaku akan mendewasakan diri kita..



Thursday, March 19, 2009

Liku-liku kehidupan

Alhamdulillah...insan ini masih dapat menghirup udara yang nyaman, begitu indah alam ciptaan ilahi...langkah demi langkah insan didunia ini bergerak ke sana sini, itulah nikmat yang diberikan oleh Allah kepada manusia. Manusia sentiasa mencari arah tuju dan tujuan masing-masing,..


Sekarang insan kerdil ini semakin melangkah ke arah pekerjaan yang masih perlu diteruskan bagi memenuhi keperluan kehidupan dan tanggungjawab sebagai pendidik anak bangsa, seterusnya untuk melaksana tanggungjawab sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Insya Allah.

Pejam celik, hari demi hari aku ke sekolah. Seronok ke belajar dan terus belajar? Mestilah seronok.. emm, ingat ya..tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad. Menuntut ilmu menjadi kewajipan atas setiap muslim. Kalau dulu pergi sekolah nak belajar ilmu, tapi sekarang pergi sekolah untuk mengajar pula. Kalau nak berjaya perlu banyak berdikari, berkorban sedikit jangan manjakan diri sangat tau.


Rutin harian nak ke sekolah akanku kongsikan disini. Pada mulanya perjalananku nak ke sekolah untuk mendidik bukanlah senang pada awal praktikum ni. Walaupun duduk di kawasan bandar baru, aku ditugaskan mengajar di kawasan pinggir bandar yang agak jauh sedikit berbanding beberapa buah sekolah disekitar kawasan tempat tinggalku, memang ada lebih kurang 3 buah sekolah sebelum sampai sekolah, namun dapat yang jauh sikit dari rumah nak buat macam mana. Mungkin ada hikmahnya. Kalau dulu nak ke sekolah mak hantar, pergi dengan bas, duduk asrama dan sebagainya. Sekarang tibalah masanya untuk berdikari sendiri kalau dah kerja ye..


Awal-awal dulu tak ambil lesen betul-betul sampai lulus, tapi skrg apa dah jadi,..rumah jauh dari sekolah. Maklumla dulu ambik lesen time sibuk dengan assgment kt universiti... Sekarang, nak tumpang akak2 yang satu sekolah jauh juga, so terpaksalah ambik teksi dalam Rm 10, pastu naik komuter 1.10 sen. Sampai kt komuter kena jalan kaki lagi skt baru sampai sekolah. Memandangkan sekolah sesi petang suami tak dapatlah nak hantar pergi sekolah. kecuali hari rabu ada koko kena datang pagi, so, tunggu la sampai petang sebab dah x balik rumah, bawa baju siap-siap untuk petang. Kalau suami sempat dia datang jemput kat sekolah, kalau tak kat stesen komuter. Itu lebih baik, kalau jemput kat sekolah lagi lambat sampai rumah.. sampai rumah masuk maghrib dah biasa. Begitulah rutin harian hari sekolah, turun rumah pukul 11.00 naik teksi, komuter pun kadang-kadang ada hari yang bermasalah. bukan senang nak kena sampai awal, takut terlewat nanti merah pula punchkad. last2 ambil teksi orang sama. Tapi harga tambang tetap sama..em takpelah diorang pun nak cari pendapatan untuk anak isteri mereka juga..walaupun begitu aku nekad untuk berdikari sendiri, dalam kesibukan mengajar disekolah, kursus kt maktab dan sebagainya dapatlah amik ujian jpj. Kalau dah terdesak tu memang nak buat betul. Alhamdulilah LULUS. Ucapan tahniah dan terima kasih daripada suamiku.

Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam....Sekarang segalanya sudah berubah berkat usahaku dan dorongan suami tercinta , Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan dapatlah beli kereta untukku. Boleh guna nak pergi sendiri ke Sekolah, tak payah nak ambik teksi dan komuter sebelum sampai sekolah. Sebelum beli kereta baru suamiku suruh try dulu bawa kereta dia sebab biasa belajar dengan kereta dia. Dalam 2 bulan juga pakai kereta suamiku sebelum bawa kereta sendiri sebab tak biasa dengan kereta tu, tapi sekarang dah ok.. Ada juga teman masa pergi sekolah, thanks ye k.farah. Balik sorang2 sebab suami k.farah mengajar pagi dan datang jemput masa balik..

Terima kasih buat suamiku tercinta yang banyak membantu dan memberi dorongan padaku.Syukur padaMu ya Allah.

Ayah ibu,

Tanpa mereka siapalah kita. Ibubapa merupakan orang yang paling dekat dengan kita. Banyak pengorbanan yang telah mereka lalui, adakah kita menghargai pengorbanan mereka dan berterima kasih kepada mereka? Adakah cukup dengan wang ringgit yang kita kirimkan setiap bulan? Tentulah tidak,.. Seorang ibu sanggup berkorban untuk kita berdiri dimuka bumi ini, ibulah yang telah mengandungkan kita, melahirkan, menyusukan mendidik, dan terus mendidik anak-anak sejak dari kecil tanpa menghiraukan penat dan jemu sehinggalah meningkat dewasa.

Apakah balasan kita terhadap mereka? Masing-masing mesti ada jawapan yang tersendiri, jika dihargai pengorbanan mereka dengan baik, Alhamdulillah termasuklah kita dari golongan anak yang soleh dan solehah.. Adakah kita semua termasuk dalam golongan ini? semua orang kalau ditanya tentu sekali nak jadi anak yang soleh dan solehah tapi ingat adakah kita melakukan nya?
Teringat pula semasa membaca atikel dalam majalah mingguan wanita, terdapat artikel yang menceritakan tentang perbuatan yang si anak berikan kepada ibunya semasa usia kecil sehingga dewasa. Namun senyuman dan kesabaran yang ibu berikan.. Begitu menarik atikel tersebut. InsyaAllah pada coretan akan datang saya akan paparkan kisahnya.

Dua hari lepas ku pulang ke kampung menziarahi keluarga..lama tak bersua muka rindu rasanya dihati...>>>>bersambung

Wednesday, March 18, 2009

salasilah keluargaku


Setiap insan yang lahir dimuka bumi ini mempunyai salasilah keluarga yang berbeza. Begitu juga dengan diriku. dalam menuju arus kedewasaan ini, pelbagai cabaran dan pengalaman yang telah dilalui semasa kanak-kanak, alam persekolahan yang membawa banyak kenangan, bila diimbas kembali begitu cepat masa berlalu tanpa disedari..
aku bersyukur kerana dikurniakan ni'mat islam, iman dan ihsan, sehingga kini masih lagi diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk meneruskan perjalanan hidup yang belum pasti bilakah akan 'terhenti'. kita merancang tetapi Allah yang menentukan.

Aku dilahirkan di negeri bertuah yang digelar negeri serambi mekah, alhamdulillah mudah-mudahan begitulah hendaknya...semenjak kecil lagi aku dibesarkan oleh kedua ibubapa yang tercinta. Bersyukur pada Allah kerana dilahirkan dalam suasana keluarga yang mempunyai didikan agama islam... al-Quran & sunnah itulah panduan hidup kita untuk selama-lamanya, beruntunglah mereka yang mengamalkannya...justeru itu dalam memdidik sesebuah institusi keluarga al-quran & sunnah perlu dijadikan asas permulaannya...

Jika dilihat indahnya islam, pada mula-mula bayi dilahirkan lagi diazankan diteliga mereka dengan kalimah suci.. ibarat kain putih bersih tiada sesuatu titik kotoran pun, justeru sebagai ibubapalah yang akan mencorakkannya. Cantik didikan ibu ayah cantiklah akhlak anak-anak mereka....bersambung.>>>

Wednesday, March 11, 2009

Semangat kepimpinan pelajar.

Semangat kepimpinan dalam diri pelajar.

Baru baru ini saya mengikuti kursus kepimpinan pengawas, ketua dan penolong ketua kelas yang diadakan disekolah saya. Tahukah anda semangat kepimpinan perlu ada dalam diri pelajar untuk mencipta kejayaan yang cemerlang. Disiplin diri amat penting dalam diri setiap pelajar terutamanya semasa diperingkat rendah sehinggalah keperingkat menengah. Amat beruntunglah pelajar yang berjaya mendisiplinkan diri semenjak dari alam kanak-kanak. ini kerana sikap pelajar yang berdisiplin amat berbeza dengan pelajar yang tidak berdisiplin, kebiasaannya pelajar yang berdisiplin akan bijak dalam aspek pengurusan masa mereka manakala pelajar yang kurang mendisiplinkan diri selalunya leka dan menyebabkan masa yang ada ditinggalkan tanpa sebarang aktiviti yang memberi kesan yang positif.

Saturday, February 14, 2009

Cinta Allah


MUNGKIN….
Mungkin kerana kita leka sekali pena terlepas dari genggaman ucapan opss mendahului ya Allah, bila perut terasa kenyang ha..kenyangnya mengatasi Alhamdulillah, bila diri terpegun dengan keindahan alam subhanallah tertutup dengan cantiknya..bila dikunjungi berita malang kasihannya terucap kerana kita lupa pada innalillahiwainna ilaihi roji’un. Kadang kala kita lupa kerana kita terbiasa. Tapi ingatlah…apabila izrail mendekati kita biarlah ucapan lailahaillallah mengatasi segala kata-kata lain.

setiap makhluk yang hidup dimuka bumi ini mempunyai tanggungjawab masing-masing. begitulah dengan diriku. apabila muhasabah balik diri ini alhamdulillah ku panjatkan syukur kepada Allah kerana dikurniakan nikmat islam, iman dan ihsan. dibesarkan dalam keluarga islam yang memberi didikan agama kepada ku, tanpa kedua ibubapa kita siapalah diri kita.

Ibu dan ayah merupakan orang yang membesarkan, mendidik kita sehingga dewasa...segala jasa mereka tidak mampu kita membayarnya dengan wang ringgit semata-mata. Justeru itu saya ingatkan diri sendiri dan pembaca sekalian, ingatlah jasa dan pengorbanan ibu ayah kita, walau sesibuk manapun seorang anak, sekurang-kurangnya bertanyalah khabar tentang mereka. sesekali ziarahi mereka, dengan kemudahan alat komunikasi yang ada pada masa kini kita dapat menghubungi mereka yang berjauhan. jauh dimata namun dekat dihati.