Salam,
Kumulakan dengan Bismillah, lafaz yang tak putus-putus digunakan di alam semesta dan ianya tidak akan berubah bagi mereka yang beriman.
Belajar-belajar menulis di alam maya ini sebagai salah satu cara mengekspresi diri dan mengasah minda dalam penulisan.
Dari kecil kita belajar sampai dewasa kita belajar dan akan terus belajar sehingga ke penghujung nyawa.
ungkapan bismillah amat ringkas tetapi susah bagi kita nak mengamalkannya. mengapakah perkara yang kecil tetapi besar ganjarannya susah untuk diamalkan?. sebagai contohnya sebelum memulakan sesuatu pekerjaan, kita sebagai umat islam hendaklah membaca kalimah yang mulia ini. hanya 19 huruf sahaja yang terkandung didalamnya, nampak kecil dan remeh sahaja tetapi besar ganjarannya disisi Allah. amalkanlah membaca bismillah terutamanya sebelum memulakan sesuatu perkara insya Allah ada keberkatannya, jika hari ini kita selalu lupa untuk mengamalkan perkara yang kecil ini, apatah lagi perkara yang lebih besar mampukah kita amalkan dalam kehidupan seharian...tanya lah diri kita sendiri.